Friday, March 9, 2012

TERKINI : Surau Di Sambar Petir

Pada 7 Mac 2012 yang lepas  Surau Al Mustaqim telah  dipanah petir semasa ribut petir yang teruk. Ini telah mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada sistem pendawaian eletrik, kerosakan kepada sistem siaraya dan juga 3 buah penghawa dingin ( 4 hp). Sehingga kini azam tidak kedengaran di surau tersebut.


Ahli Jawatankuasa Surau yang bermesyuarat telah memutuskan kesemua kerosakan tersebut perlu dibaiki segera untuk membolehkan aktiviti surau seperti kuliah, melaungkan azan, dan mengantikan penghawa dingin untuk keselesaan jemaah surau

Muslimin dan Muslimat yang perihatin adalah digalakkan memberi sumbangan  dengan menghulurkannya ke AJK Surau atau memasukkan ke akaun Surau iaitu Bank Islam : 12113010041674
Semoga Allah SWT akan memberkati segala usaha dan sedekah jariah anda, Insyallah.