Sunday, August 22, 2010

Aktiviti sepanjang bulan Ramadhan

Suakacita dimaklumkan bahawa Surau Al-Mustaqim akan menganjurkan Program Ihya Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun ini dengan pelbagai program dan aktiviti. Anntara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan tahun  ini ialah :
  • Majlis Berbuka Puasa bersama Pelajar Tahfiz Quran pada setiap hari
  • Solat Sunat Tarawih - Imam Hafiz yang berpengalaman
  • Tazkirah Ramadhan
  • Tadarus Al-Quran - untuk dewasa, remaja, muslimat dan kanak-kanak.
  • Tahlil Arwah sebelum dan selepas Maghrib setiap hari
  • Qiamulalil pada setiap hari Ahad dan 10 malam terakhir
  • Agihan bubuk lambuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad
Sehubungan dengan itu, AJK  Surau Al-Mustaqim ingin merayu dan memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/ puan bagi menjayakan Majlis Ihya Ramadhan pada tahun ini.