Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Surau Al-Mustaqim akan menganjurkan beberapa aktiviti menarik bersempena dengan Hari Nuzul Quran pada 27 Ogos 2010 ini.
Acara :
3.30pagi - Qiamulalil bersama Ust Mohd Zuhir
5.00 pagi - Sahur dan Solat Subuh - Imam Us Abdullah Fahmi ( Johan Akademik Al-Quran 1)
6.15 pagi - Bacaan Al Quran oleh Us Abdullah Fahmi
6.30pagi - Kuliah Subuh Khas oleh Us Yunus Kamarudin
Selapas Solat Asar :
Majlis khatam Al-Quran
Marilah kita sama-sama memakmurkan program ini di Surau Al Mustaqim.