TABUNG KEBAJIKAN DAN KHAIRAT AL-MUSTAQIM (TKKA)


Assalamualaikum Wr. Wb.                                                                                                                  
Yang Bahagia Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan
Para Jemaah dan Anak Kariyah
Surau Al-Mustaqim dan kawasan sekitarnya


Yang Bahagia Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

TABUNG KEBAJIKAN DAN KHAIRAT AL-MUSTAQIM (TKKA)

Perkara di atas dirujuk dengan segala hormatnya. Adalah dimaklumkan bahawa Tabung ini ditubuhkan bagi memberi ruang dan peluang kepada para jemaah, anak kariyah serta penyumbang dari lokaliti sekitarnya untuk berjariah dan berinfak secara tetap dan sukarela kepada Surau Al-Mustaqim. Dengan dokongan tersebut, program mengimarahkan surau dapat ditingkatkan dengan lebih teratur dan berkesan. Penglibatan yang kosisten dari masyarakat akan memberikan manfaat yang berterusan kepada para jemaah dan anak kariyah. Dalam usaha meningkatkan keilmuan dan kefahaman Islam serta kebajikan mereka  yang sentiasa menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Surau Al-Mustaqim; penubuhan Tabung ini amat penting selaras dengan galakkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya masjid/surau mempunyai Tabung Khairat/Kebajiksn tersendiri untuk manfaat anak-anak kariyah dan masyarakat setempat.

2.         Tabung ini akan dikendalikan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh Surau Al-Mustaqim di bawah Biro Kebajikan dan Khairat. Keanggotaan Jawatakuasa Tabung telah dikenalpasti seperti dalam kertas konsep yang berkembar. Prinsip tabungan ini adalah menggalakkan amalan berjariah secara tetap dan berterusan sebanyak RM0.15 sehari (sebulan RM4.50 dan setahun RM54.00). Oleh kerana bayaran sekali gus, jumlah itu ditetapkan pada RM50.00 setahun. Kewujudan tabung ini adalah berbeza dari Skim Sumbangan Tetap Bulanan (SSTB) (RM3.00 sebulan atau RM36.00 setahun) yang diperkenalkan terdahulu. Skim berkenaan tidak menjelaskan status khairat kematian sebagai manfaat kepada ahli atau peserta skim itu. Manakala manfaat-manfaat yang boleh dinikmati/diperolehi oleh ahli dan para peserta dijelaskan secara terperinci dalam kertas konsep tabung ini. Kedudukan dana yang terkumpul adalah amanah kepada Pengurusan untuk mentadbir Surau Al-Mustaqim dengan sebaiknya bagi pihak ahli/peserta dan penyumbang dari semasa ke semasa.


3.         Jawatankuasa Tabung Kebajikan dan Khairat Al-Mustaqim (TKKA) akan menggunakan akaun bank yang sedia ada di Bank Muamalat Malaysia Berhad, 1403-0000602-71-8 Cawangan Taman Melawati atas nama Surau Al-Mustaqim sebagai akaun rasmi tabung ini. Dana yang berbaki dari akaun ini akan dijadikan dana permulaan kepada Tabung ini.

4.         Kertas Konsep yang dikembarkan bersama ini menjelaskan perkara-perkara berkaitan Tabung pada keseluruhannya. Dengan motto “Beramal, Berjariah dan Berkebajikan Untuk Allah, Diri dan Masyarakat”, besarlah harapan kami agar sokongan, dokongan dan penglibatan Yang Bahagia Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan akan berterusan kepada Tabung dan Jawatankuasa Surau Al-Mustaqim. Dengan kerjasama itu, kami akan mempastikan bahawa Tabung ini akan dilaksanakan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab bagi kepentingan ahli/peserta, para jemaah dan anak-anak kariyah serta para penyumbang yang terlibat.

5.         Dapat kiranya dikembalikan Borang Permohonan Keahlian yang telah disempurnakan bersekali dengan bayaran yuran tahunan kepada mana-mana Ahli Jawatankuasa yang berdekatan untuk tindakan lanjut. Disamping itu, kami juga meraikan segala sumbangan/infak dan jariah secara berasingan dari Yang Bahagia Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan  bagi menampung perbelanjaan semasa Surau Al-Mustaqim termasuk urusan program, aktiviti dan kos pengurusan..

Budi bicara dan kerjasama Yang Bahagia Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan  untuk memberikan komitmen dengan menyertai tabung ini amat dialu-alukan dan disanjung tinggi.

Jazakallahu Khairan Kathira. Wassalam.

Yang benar,
JAWATANKUASA SURAU AL-MUSTAQIM


HAJI ABDULLAH BIN HAJI BABA
Pengerusi
H/P      : 013-367 9600
Melalui Faks    : 03- 4105 6084

TABUNG KEBAJIKAN DAN KHAIRAT AL-MUSTAQIM (TKKA)

1.    PENDAHULUAN
Tabung Kebajikan dan Khairat Al-Mustaqim (TKKA) adalah sebuah tabung yang diwujudkan bagi memberi ruang dan peluang kepada para jemaah dan anak kariah untuk membuat kebajikan dan khairat melalui Surau Al-Mustaqim. Pendekatan infak dan sumbangan dana akan dimanfaatkan untuk menampung kos khairat dan hal ehwal kebajikan Surau Al-Mustaqim bagi kepentingan para Jemaah lebih-lebih lagi dan ahli/peserta Tabung. Sebahagian dari dana terkumpul akan digunakan untuk penyelenggaraan surau, pembayaran kos utiliti (elektrik dan air), tampungan bayaran kuliah/ceramah dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan bantuan/sokongan seperti keluarga miskin, muallaf dan fisabilillah.

2.    MATLAMAT
2.1          Menggalakkan para jemaah dan anak kariah memberi infak/sumbangan secara tetap kepada pihak Surau demi manfaat dan kepentingan bersama atas semangat ukhwah dan persaudaraan Islam;
2.2     Menyuburkan budaya tolong-menolong dan bantu-membantu sesama Islam khususnya dikalangan ahli jemaah dan anak kariah;
2.3     Melahirkan masyarakat yang berkebajikan. penyayang dan bertanggungjawab selaras dengan tuntutan Allah dan Rasulullah;
2.4              Memaksimumkan fungsi dan peranan Surau sebagai Pusat Transformasi Ilmu Ummah dan penduduk setempat serta kawasan sekitarnya;
2.5              Meningkatkan rasa kasih dan cinta terhadap Allah dan Rasulullah melalui usaha-usaha dakwah dan tarbiyyah anjuran Surau;
2.6     Meningkatkan kefahaman dan amalan Islam khususnya menghayati Al-Quran dan Sunnah Rasulallah s.a.w. melalui majlis-majlis Ilmu dan aktiviti yang dianjurkan; dan
2,7     Bagi Ahli Seumur Hidup, mereka akan didoakan keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan/serta akhirat pada setiap malam Jumaat yang mana majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat diadakan.

3.    KEAHLIAN
Keahlian terbahagi tiga kategori iaitu:

3.1      Ahli Platinum
a.       Terbuka kepada semua penduduk AU5C Lembah Keramat yang merangkumi suami, isteri (isteri-isteri) dan anak-anak yang masih bujang (belum berkahwin). Anak-anak yang berkahwin ditawar dan digalakkan untuk mendaftar sebagai keahlian baru bersama pasangan dan keluarganya; atau
b.       Ibu dan/atau bapa menetap bersama anaknya di AU5C Lembah Keramat; atau
c.       Anak yang menetap bersama ibu dan/atau bapanya di AU5C Lembah Keramat.

TKKA-2012/2
3.2   Ahli Bersekutu
a.    Terbuka kepada semua para jemaah yang menunaikan solat dan/atau mengikuti program serta aktiviti Surau Al-Mustaqim; atau
b.    Mana-mana individu muslim yang berminat menyertai/menjadi ahli dengan sukarela.

3.3      Ahli Seumur Hidup
a.       Terbuka kepada individu muslim yang berminat;
b.       Kelebihan – Bayaran sekali (one-off) merangkumkan manfaat kepada semua ahli keluarga yang didaftarkan;

4.    YURAN KEAHLIAN  
4.1        Ahli Platinum – RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) sahaja setahun;
4.2        Ahli Bersekutu – RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus) sahaja setahun;
4.3        Ahli Seumur Hidup – RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) sahaja, sekali seumur hidup (one-off)

5.    MANFAAT KEAHLIAN
5.1      Sekiranya berlaku kematian dikalangan ahli dan keluarga yang berdaftar, maka pihak Surau akan menanggung sepenuhnya kos pengurusan dan pengkebumian jenazah (mandi, kapan, solat, van, jenazah & pengkuburan – di mukim Ulu Kelang sahaja) termasuk menganjurkan majlis bacaan Yaasin dan Tahlil Arwah selama tiga hari/kali berturut-turut sama ada di rumah ahli atau pun di Surau (bergantung kepada persetujuan waris);
5.2   Sekiranya berlaku sebarang musibah terhadap ahli atau keluarga yang berdaftar, pihak Surau akan memberi sumbangan sekaligus yang sewajarnya (kriteria dan jumlah sumbangan akan ditentukan oleh panel penilai serta tertakluk kepada tabungan dana);
5.3   Sekiranya berlaku sesuatu musibah terhadap ahli, pihak Surau juga akan mengadakan majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat khusus buat ahli berkenaan;
5.4   Anak-anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan utama Negara akan  di beri saguhati khas atas kecemerlangan anak (anak-anak) tersebut. (UPSR 5A- RM100, PSRA Mumtaz - RM100, PMR 8A ke atas RM200 dan SPM 8A ke atas RM300, STAM – Mumtaz ke atas RM300. Peperiksaan utama yang bermula pada tahun 2012 dan ke atas sahaja);
5.5   Anak-anak ahli yang berjaya melanjutkan pendidikan ke peringkat Universiti/Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak termasuk peringkat matrikulasi akan diberi saguhati khas (Ijazah RM300 & Diploma RM200);
5.6   Mana-mana anak ahli berjaya menghafaz Al-Quran 30 juzuk melalui Sekolah Agama/Tahfiz yang berdaftar akan diberi saguhati khas RM500.00;
5.7   Ahli atau anak-anak ahli yang akan melangsungkan perkahwinan (kali pertama sahaja) akan diberikan/menerima cenderahati khas daripada pihak Surau;
5.8   Setiap jemaah yang menyertai Tabung ini akan di daftarkan sebagai Anak Kariah Surau Al-Mustaqim secara automatik;
5.9     Manfaat Khas
a.         Mewujudkan usaha menukar nilai ringgit ahli/para jemaah kepada saham-saham akhirat bagi meraih pahala dan ganjaran Allah yang berterusan;

TKKA-2012/3
b.         Yuran Keahlian yang dibayar adalah amal jariah bagi menampung kos-kos kuliah dan/atau ceramah, penyelenggaraan surau dan pembayaran bil-bil utiliti dan kos-kos lain. Ini bermakna infak/sumbangan anda digunakan sepenuhnya untuk memakmur dan mengimarahkan surau serta menyebarkan Syi’ar Islam secara berterusan dari semasa ke semasa; dan/disamping
c.         Membantu dan menolong mana-mana ahli kariah atau/dan individu muslim yang memerlukan bantuan dana yang difikirkan sesuai dan wajar dari semasa ke semasa.

6.    PENGURUSAN DAN URUSETIA
6.1   Tabung ini adalah di bawah Biro Kebajikan dan Khairat yang di ketuai oleh Pengerusi Surau Al-Mustaqim dan ditadbir urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh AJK Surau dan akan di awasi sepenuhnya oleh pihak Jawatankuasa Surau Al-Mustaqim;
6.2   Segala aktiviti dan Hal-ehwal Kewangan Tabung ini perlu di laporkan secara lisan (satu bulan) dan bertulis sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali kepada pihak AJK Surau;
6.3   Semua dokumen dan maklumat mengenai ahli diklasifikasikan sebagai Sulit dan Persendirian
6.4   Semua data dan maklumat ahli akan direkodkan ke dalam komputer dan fail khas untuk rujukan dari masa ke semasa; dan
6.5   Permohonan menjadi ahli hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa dan setiap ahli yang berdaftar akan diberikan Kad Keahlian Khas.

7.    PERLAKSANAAN
Kewujudan Tabung ini adalah untuk menggantikan Skim Sumbangan Tetap Bulanan (SSTB) dengan infak sebanyak RM36.00 setahun (RM3.00 sebulan atau 10 sen sehari). Akaun bank di Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) Cawangan Taman Melawati akan dikhususkan untuk operasi Tabung ini yang bermula dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.

7.1      Kutipan Bayaran Yuran Keahlian
a.    Kutipan bayaran yuran keahlian akan dilakukan oleh pihak Jawatankuasa pada bulan Januari hingga Februari setiap tahun. Setiap bayaran akan diberikan resit rasmi sebagai bukti pembayaran; dan
b.       Sekiranya ahli tidak membayar yuran keahlian bagi tempoh 3 tahun berturut-turut, keahlian  akan dibatalkan sehingga ahli berkenaan membayar sepenuhnya tunggakan dan yuran tahun semasa

7.2      Dokumen Untuk Pendaftaran
a.    Salinan kad pengenalan suami, isteri dan anak-anak yang ingin didaftarkan; dan
b.    Butiran terperinci waris (salinan K/P, alamat rumah/perhubungan & No telefon)

7.3   Sumber Dana
a,    Yuran Keahlian;
b.    Derma Ikhlas dan Sumbangan Peribadi;
c.    Sumbangan Korporat; dan
d.    Infak dan Sumber lain yang selaras dengan hukum Syarak.



                                                                                                                                    TKKA- 2012/4
8.    MOTTO
Beramal, Berjariah  & Berkebajikan
Untuk Allah, Diri dan Masyarakat

9.    JAWATANKUASA TABUNG KEBAJIKAN DAN KHAIRAT AL-MUSTAQIM (TKKA)
Pengarah                           - Haji Abdullah bin Haji Baba (5C/12)                               (013-3679600)
Penolong Pengarah - Haji Iskandar Kamaruzzaman (5C/6)                             (012-2345600)
Setiausaha                         - Encik Kamar Rohaizad bin Md Rais (5C/10)                  (019-6200578)
Bendahari                           - Haji Hamzah bin Ngah (5C/8)                                       (012-3288046)
Penolong Bendahari            - Puan Hajjah Noor Fuziah bt Ahmad (5C/12)                   (013-3437364)
Ahli                                    - Encik Mohd Huzaimi bin Ab Latiff (5C/11)                      (012-2830561)
                                         - Haji Ibrahim bin Karim (5C/7)                                        (013-3426761)
                                         - Haji Abdul Jaafar bin Mahmood (5C/11)                         (012-2147040)
                                         - Hajjah Nor Ilmah Ismail (5C/6)                                      (03-41084989)
                                         - Haji Abu Bakar bin Uteh (5C/10)                                  
                                         - Haji Yusof bin Ab Rahim (5C/7)                                                (012-2069946)
                                         - Encik Mohd Khalil Al-Haqq bin Mohd Raffali (5C/8)        (018-6610346)   
                                         - Kol (B) Haji Ismail Bin Abdullah (5C/13-15)

10.   PEMEGANG AMANAH
Beberapa orang individu yang layak dan berwibawa boleh dilantik menganggotai Panel Pemegang Amanah. Jumlah mereka tidak melebihi lima (5) orang pada sesuatu masa. Perlantikan adalah atas budibicara Jawatankuasa Tabung dan Jawatankuasa Surau Al Mustaqim dari semasa ke semasa.

10.1       Haji Mohd Amin bin Hashim
10.2       Haji Abdullah Bin Haji Baba
10.3       Ustaz Mohd Yuti bin Ismail
10.4   Haji Wan Ahmad bin Wan Yunus
10.5   Dato’ Ali @ Abd Rahman

Disahkan oleh.


HAJI ABDULLAH BIN HAJI BABA
Pengerusi


KAMAR ROHAIZAD BIN MD RAIS
Setiausaha