Thursday, March 15, 2012

PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN DAN KHAIRAT AL-MUSTAQIM (TKKA)

Tabung Kebajikan dan Khairat Al-Mustaqim (TKKA) adalah sebuah tabung yang diwujudkan bagi memberi ruang dan peluang kepada para jemaah dan anak kariah untuk membuat kebajikan dan khairat melalui Surau Al-Mustaqim. Pendekatan infak dan sumbangan dana akan dimanfaatkan untuk menampung kos khairat dan hal ehwal kebajikan Surau Al-Mustaqim bagi kepentingan para Jemaah lebih-lebih lagi dan ahli/peserta Tabung. Sebahagian dari dana terkumpul akan digunakan untuk penyelenggaraan surau, pembayaran kos utiliti (elektrik dan air), tampungan bayaran kuliah/ceramah dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan bantuan/sokongan seperti keluarga miskin, muallaf dan fisabilillah.

SILA DAPATKAN BORANG KEAHLIAN DARI WAKIL YANG TELAH DITETAPKAN SEPERTI DI BAWAH
BORANG TKKA