Friday, February 11, 2011

Sambutan Maulidurrasul 1432H

Salam Semua Ikhwan,
 
Kami mohon bantuan dan kerjasama anda untuk membuat hebahan berkaitan Sambutan Maulidurrasul 1432H yang akan pihak kami anjurkan. Penganjuran sambutan Maulidurrasul ini di jalankan dengan kerjasama Maahad Tahfiz Dar Al Quran Wa Al Hadith Taman Permata dan Persatuan Masyarakat Penyayang & Perihatin Lembah Keramat.
 
15 Februari 2011 (Selasa)
 
8.00 Pagi - Perarakan Menjunjung Kasih Ke Atas Rasulullah SAW. Ia akan bermula dari Dataran Surau Al-Mustaqim, Jln AU5C/8 Lembah Keramat, Hulu Kelang. Semua Di Jemput hadir
 
9.30 Pagi - Ceramah Maulidurrasul Khas Untuk Muslimat @ Wanita bersama Ustazah Nor Hafizah Musa (personaliti Radio IKIM & Pensyarah UTM).  Jamuan Makan Tengah Hari di sediakan ... semua muslimat @ wanita dijemput hadir bersama keluarga
 
2.00 Petang - Program Maulidurrasul Khas Untuk Remaja & Pelajar bersama Sdr Idzhar (penceramah motivasi) dan Persembahan Kumpulan Nasyid Popular, Nowseeheart .. semua dijemput hadir...ibu bapa amat digalakkan untuk hadir bersama
 
7.30 Malam - Ceramah Perdana Sempena Maulidurrasul oleh As-Syeikh Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid ... majlis akan dimulakan dengan bacaan Qasidah, Maulid & Selawat bersama para pelajar Tahfiz
 
Di harapkan para ikhwan dapat bersama-sama hadir dan menghebahkan jemputan daripada kami ini demi kemuliaan dan perjuangan Baginda Rasulullah saw.
 
Jazakallahu Khairan Kathira. Wassalam.
 
Yang benar,
JAWATANKUASA PENGURUSAN SURAU AL-MUSTAQIM