Tuesday, March 8, 2011

Ceramah Perdana - Ustaz Dato’ Taib Azimudin

Ustaz Dato’ Taib Azimudin


Ceramah Perdana oleh Ustaz Dato’ Taib Azimudin 
adakan diadakan pada 9/3/2011 (Rabu) selepas 
solat Maghrib. Semua Muslimin dan Muslimat 
dijemput hadir. 










Tahukah anda : Beliau adalah pengarang bersama untuk buku bertajuk :

Amalan-amalan Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata 

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, bukan sahaja bertanggungjawab terhadap "kesihatan lahiriah" kandungannya sahaja, malah ibu juga berperanan ke arah kesejahteraan dan kesucian rohiyah anak yang bakal lahir, agar dengan itu dapat melahirkan bayi yang sihat tubuh badan dan juga sihat rohiyah. Kedua-dua inilah yang akan mempercepatkan terhasilnya tujuan sebagai "Anak Yang Soleh".

Penulisan buku ini tidak lain semata-mata untuk mendedahkan para pembaca dan masyarakat muslim di negara ini umumnya yang cintakan kepada kedamaian dan kesejahteraan kekuarga berlandaskan ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah SAW. Kandungannya menyingkap ikhtiar dan usaha ke arah membantu para muslimin sekalian memperolehi "Anak Yang Soleh" yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Tanah Air. Semua usaha dan ikhtiar ini hendaklah dimulai sejak awal kandungan lagi.