Saturday, October 23, 2010

Ibadah Qurban dan Aqiqah 1431H

Surau Al Mustaqim akan menadakan Majlis Ibadah Qurban dan Aqiqah. Butiran terperinci majlis tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 17 Nov 2010 ( Rabu, Hari Raya Pertama )
Masa : 10 pagi
Tempat : Dataran Surau Al-Mustaqim

Harga Qurban : RM380 satu bahgian / RM2660 seekor ( Lembu )
: RM650 seekor (kambing )
Penyembelih : Ust Mohd Zuhir dan Ustaz Mohd Rushdi

Tarikh tutup penyertaan ini ialah pada 10 Nov 2010. Penyerahan borang penyertaan beserta bayaran boleh diserahkan kepada pegawai berikut :

Hj Abdullah Baba ( 013-3679600 )
Hj Mohd Lazi ( 019-2736757 )
Dr Didi Indra ( 012-2187517 )
Hajjah Jamaliah ( 012-3875117 )

Sertailah ibdah ini semoga hidup dan rezeki kita terjamin dan diredhai oleh Allah SWT.

Tuesday, September 14, 2010

PUASA ENAM HARI BULAN SYAWAL

Maklumat dibawah ini dipetik dari laman web Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus.

1. Apakah fadhilat puasa enam hari bulan Syawal?
Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :
” Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim).

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kami AJK Surau Al-Mustaqim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Minal Aidil Wa Faizin. Satukan tangan,satukan hati
Itulah indahnya silaturahmi
Di hari kemenangan Kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Idul Fitri
Mohon Maaf Lahir Batin.