Tuesday, August 24, 2010

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Surau Al-Mustaqim akan menganjurkan beberapa aktiviti menarik bersempena dengan Hari Nuzul Quran pada 27 Ogos 2010 ini. 

 

Acara : 

3.30pagi  - Qiamulalil bersama Ust Mohd Zuhir

5.00 pagi - Sahur dan Solat Subuh - Imam Us Abdullah Fahmi ( Johan Akademik Al-Quran 1)

6.15 pagi - Bacaan Al Quran oleh Us Abdullah Fahmi

6.30pagi - Kuliah Subuh Khas oleh Us Yunus Kamarudin 

Selapas Solat Asar :


Majlis khatam Al-Quran


Marilah kita sama-sama memakmurkan program ini di Surau Al Mustaqim.

Monday, August 23, 2010

Keikhlasan



“Siapa saja yang memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, akan diampuni dosanya dan dibebaskannya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun dikurangi” (HR. Ibnu Majah).
Perasaan iri yang sering menyelinap dan mendorong-dorong hati manusia tidak selalu bersifat buruk. Sebagaimana dikatakan para ulama, ada iri yang bersifat baik, terutama karena tidak mampu berbuat kebaikan. Perasaan iri terhadap kebaikan pernah menimpa para sahabat Rasulullah yang miskin.

Sunday, August 22, 2010

Aktiviti sepanjang bulan Ramadhan

Suakacita dimaklumkan bahawa Surau Al-Mustaqim akan menganjurkan Program Ihya Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun ini dengan pelbagai program dan aktiviti. Anntara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan tahun  ini ialah :
  • Majlis Berbuka Puasa bersama Pelajar Tahfiz Quran pada setiap hari
  • Solat Sunat Tarawih - Imam Hafiz yang berpengalaman
  • Tazkirah Ramadhan
  • Tadarus Al-Quran - untuk dewasa, remaja, muslimat dan kanak-kanak.
  • Tahlil Arwah sebelum dan selepas Maghrib setiap hari
  • Qiamulalil pada setiap hari Ahad dan 10 malam terakhir
  • Agihan bubuk lambuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad
Sehubungan dengan itu, AJK  Surau Al-Mustaqim ingin merayu dan memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/ puan bagi menjayakan Majlis Ihya Ramadhan pada tahun ini.

Ramadhan Al Mubaraq

Tanpa disedari,

11 bulan banyak kata telah dibicarakan
tidak semua menyejukkan.
11 bulan banyak perilaku yang telah dilakukan
tidak semua menyenangkan.
11 bulan banyak keluhan,kebencian dan kemarahan
tidak semua mungkin dimaafkan.
Kini…
Istirehat dalam ‘perjalanan dunia’…..
Saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
Saatnya menikmati indahnya Kemurahan Allah,
Saatnya memahami makna penyucian diri,
Saatnya memuhasabah kembara kehidupan
Saatnya menghitung bekalan akhirat,
Saatnya merenung kealpaan dunia.
bersama kita leburkan kekhilafan,
bersama kita hapuskan hasad dengki,
bersama kita lenyapkan igauan ngeri,
bersama kita sucikan hati nurani,
bersama kita kikiskan kdaifan diri.
Semoga dengan ibadah puasa mempertemukan kita
Keagungan Lailatur Qadar dan
kita menjadi salah seorang pilihan-NYA untuk..
dikabulkan doa-doa dan kembali menjadi fitrah….
Salam menyambut Ramadhan Al-Mubaraq 1431H…